
Diusia muda-muda begini apabila masuk dalam dunia percintaan, jiwa remaja kita sering memberontak untuk mendapatkan sesuatu. Kalau tak dapat kita akan rasa nak juga sehinggalah kita dapat apa yang dimahukan.
Rasa ingin disayangi, dibelai, ambil berat, dihargai, mempunyai tempat untuk berkongsi masalah (mungkin) inilah tujuan utama ‘couple’ yang sedang dan masih popular dikalangan remaja-remaja sama ada di sekolah menengah, kolej, mahupun di universiti.
Apabila kita sudah menjumpai pasangan dan ‘suka sama suka’ kita akan merasakan dunia ini bagai kita yang punya. Oh indahnya percintaan.
Apabila sudah sampai ke fasa ini, ada diantara mereka sering hubung menghubungi, bersms, Tanya khabar dan sebagainya. Ini perkara biasa yang kita dapati dan selalunya berlaku apabila cinta sudah berputik.

No comments:
Post a Comment