
CINTA DARI ALLAH.
Ha.. cinta daripada Allah ini cinta yang paling indah dan sungguh istimewa untuk sesiapa yang belum alami.
Cinta begini datang ada ciri-cirinya. Contohnya untuk lelaki (kerana saya lelaki). Apabila kamu sudah menyintai seseorang Perempuan kerana Allah, jika kamu seorang lelaki yang tidak baik pada asalnya. Contoh sebelumnya kerap kali melakukan Dosa Besar, atau maksiat. Apabila kamu menjumpai Perempuan yang Berjaya mencuit hati dan perasaan kamu. Kamu tiba-tiba berubah.
Perubahan diantaranya, sebelum ini mungkin kamu sangat Liat untuk berjemaah di surau / masjid. Namun secara tiba-tiba kamu rajin, dan secara tidak sedar kamu semakin dekat dengan Allah SWT.
Dalam diam kamu berusaha mencari ilmu dan mempunyai hajat untuk bertunang lalu bernikah dengan Perempuan tersebut dan seterusnya membina mahligai keluarga bahagia.
Sedang dalam usaha itu, mungkin kamu akan terus tegur menegur diantara kalian. Memperingati diantara satu sama lain. Mungkin pada mulanya Lelaki ini katakan pada kamu hanya teguran sebagai ‘seorang sahabat’ yang dia amat sayang. Namun dalam diam dia sudah menyimpat hajat untuk memperisterikan kamu wahai Perempuan.

No comments:
Post a Comment